Selalu, dalam bicara kita gembira. Kita utarakan pelbagai kisah yang terjadi dalam dunia; tahun-tahun lepas, kelmarin, tadi; atau yang kisah yang bakal akan terjadi; kejap lagi, esok, lusa, tahun-tahun depan. Satu per satu topik diputar. Masa kita lupa. Kadangkala, dalam bicara kita sedih. Kita utarakan pelbagai kisah yang terjadi dalam dunia; tahun-tahun lepas, kelmarin, tadi. Atau, kisah yang mungkin akan terjadi. Kejap lagi. Esok. Lusa. Tahun-tahun depan.
Disinilah tempat tersimpannya sebab kenapa kita simpan semua manusia yang kita label sebagai rakan. Yang mampu menangis bersama, kita naiktaraf sedikit sebagai sahabat. Kita ketawa gembira, menangis sedih, dan kita biarkan jelas kepada dunia yang kita tidak akan mampu hidup sendirian.
Tapi, kita selalu sangat lupa satu elemen terpenting hidup tatkala kesemua cliche mengarut ini berlaku. Masa, masa kita lupa.
Iklan #1
Sebenarnya aku tidak suka menulis dalam Bahasa Melayu. Sebab Bahasa Melayu aku tidak pernah dapat A kecuali sewaktu SPM. Sedaya upaya aku cuba dulu, tapi sentiasa ada silap dalam stuktur ayat aku yang susah sangat cikgu tu nak faham apa dia. Walaupun English aku pun taklah fantastic mana, tapi aku perlu mengaku yang aku sentiasa rasa intimidated bila mahu menulis dalam Bahasa Melayu. Sebab English selalu dapat A, jadi walaupun sebenarnya entah apa-apa juga, aku lebih konfiden. Tapi hari ini biarlah aku berjanggal sendiri.
Iklan #2
Aku beritahu pada David, aku tidak tahu kenapa, tiap-tiap kali aku mahu berbicara kasual dengan orang sekeliling, aku akan campurkan Bahasa Melayu dan English. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku berbicara straight dalam Bahasa Melayu. Tengok, aku buat lagi. Aku tersedar sesuatu; bila aku marah, dan mahu mengadu masalah, aku akan bertutur dalam English sebanyak lebih kurang 90%. Dan bila aku mahu mengorat orang pun, aku 'geli' kalau perbualan itu adalah dalam Bahasa Melayu. Kalau lelaki itu menjelaskan emosi dalam Bahasa Melayu, lagi lah. Potong terus. Serupa juga jika aku mahu membuat jenaka lucah. Jadi aku terfikir, mana datang mindset hina macam ni. Apa salah Bahasa Melayu? Aku rasa kalau aku berbicara dalam English sekalipun, sukar sekali untuk aku gunakan bahasa best giler ini 100%. Kenapa eh? David cakap, "I think that happens to anyone who speaks multiple languages." Iya ke? Itu bagi aku, suatu ulasan yang kurang kukuh. Kesian, Bahasa Melayu. Ish.
Iklan #3
Semua orang pun berangan tentang sesuatu. Oh, tapi aku berangan macam-macam. Sebabnya, aku terlampau banyak masa lapang dan aku tidak ada boyfriend. Jadi, aku berangan lah. Salah satu darinya adalah aku mahu menjadi pendekar pujangga bertaraf antarabangsa yang wise lagi hebat. Macam Khalil Gibran. Atau kalau bila aku ditakdirkan sampai tahap depresi melampau, aku boleh jadi Sylvia Plath. Dengan syarat aku kena mati bunuh diri dulu baru karya itu jadi epic. Kalau pengkritik nak gelarkan karya aku sebagai overrated sekali pun aku tak kisah. Janji ramai orang baca dan mampu hargai. Lagipun aku dah mati jadi kalau nak kisah pun memang tak boleh.
Oleh itu aku rangkakan satu pelan untuk misi ini. Bikin blog bukan murah malah percuma ini sebagai medium latihan. Sementara itu, timbul satu persoalan tentang tanggungjawab. (1) Adakah menulis, turut beerti yang aku perlu ada dedikasi terhadap memperkasakan bahasa, atau (2) aku dibenarkan untuk menulis gaya bersahaja dengan cara tersendiri dan melahirkan seni yang datang dari jiwa yang tak seberapa murni ini? Yang pertama, tanggungjawab kepada pembaca untuk mengerti dengan mendalami bahasa itu sendiri, dan yang kedua, tanggungjawab kepada diri untuk bebas mengekspresi. Untuk aku, seni itu amat penting dalam menempuh perjalanan jiwa. (Kalau kau dah baca karya Paulo Coelho yang berjudul The Witch of Portobello mungkin kau akan faham). Sebagai kesinambungan dari Iklan 2, kedua-dua bahasa yang aku fikir aku fasih benar, secara realiti masih ditaraf C+.
Jadi, bagaimana sebenarnya harus aku mula. Memanglah dengan lafaz Bismillah, tapi nak langkah kaki kanankah, atau kiri? Mungkin aku perlu fokus untuk meneguhkan satu bahasa dulu. Sudah rancak baru beralih ke bahasa lain. Aku perlu masuk Oxford dan belajar kesusasteraan slash literature ke? Aku tidak kisah masuk jika perlu. Tapi angan-angan yang lain semua tu, macam mana? Ha ha ha!
Masa.
Iklan tamat, berbalik kepada topik asal.
Aku gemar menghayati apa yang berlaku dalam hidup. Hidup diri sendiri, hidup orang lain, hidup secara general. Ini apa yang aku dapati:
Teramat jarang sekali, manusia sepi dari interaksi dengan apa yang ada di sekeliling. Rakan, sahabat, keluarga, bos. Internet, Facebook, Twitter, Youtube. Nokia, Sony Ericsson, Iphone, Blackberry. Roti canai, burger, teh tarik, mineral water, alkohol, dadah. Kereta, kasut, make-up. Buku, kelas, musik. Rokok. Tiket pergi Krabi. Duit. Terlampau banyak benda yang penting dalam hidup. Banyak gila. Literally. Manusia jadi literally gila kerana terjerat dengan kekeliruan. Keliru apa sebenarnya yang penting, keliru bagaimana susun atur tahap kepentingan semua yang tersurat ini. Semua pun mengadu penat, semua pun mula mengadu risau, semua pun berasa takut. Berselirat sangat apa yang tersurat, sedihnya, keputusan dari senario ini, ramai yang gagal melihat apa yang tersirat. Masa, terus berjalan.
Adalah amat perlu sekali, amat penting sekali untuk berinteraksi dengan diri sendiri. Interaksi dengan diri sendiri di sini bukan bermaksud giving yourself a handjob. Sebenarnya itulah juga tujuan aku menulis. Untuk berinteraksi dengan diri sendiri. Fikiran sendiri. Sebab, banyak perkara paling ajaib berlaku bila kita berbual dengan diri sendiri. Masa terus berjalan, hari-hari kita hampiri mati.
Terlampau bersendirian juga tidak bagus kerana interaksi dengan dunia luar dari diri sendiri penting untuk kita kumpulkan persoalan tentang hidup. Input. Jika tiada ini, kita akan tersekat pada satu takuk, tumbesaran jiwa terbantut. Berbicara dengan makhluk dalam dunia diri sendiri, akan menjawab segala persoalan yang perlu diselesaikan. Jika tiada input dari dunia luar, ini serupa macam mentadbir negara yang kosong. Pointless lah, kan? Okay, maybe not that pointless after all, jika itu yang membuat kau bahagia. Kita semua nak mati dengan bahagia, betul?
Terlampau banyak berbicara dengan dunia luar diri akan membuat kita keliru, risau dan takut. Terlampau banyak bersendiri akan membuat kita berasa kosong, lambat laun. Kita perlu sedar, jurang ini perlu dirapatkan.
Aku tidak boleh mengelak dari berpersepsi terhadap orang yang terlampau banyak berkata-kata. Apa aku maksudkan disini, adalah berkata-kata benda yang sebenarnya tidaklah penting mana. Mungkin aku juga tergolong dalam manusia jenis ini. Aku berfikir tentang apa yang manusia sejenis ini cuba buktikan. Adakah, adakah segala kata mereka (kita) ini sekadar untuk menutup kekalutan dunia dalam diri sendiri? If that is the case, then it is so pathetic. Even for myself. Aku tidak akan menghuraikan contoh disini sebab ini adalah cadangan topik diskusi bersama dunia dalam diri. Lagipun dah panjang sangat aku menulis. Ingat, masa masih dan akan terus berjalan.
Seperti semua rancangan tidak berbayar yang hebat, biasalah tu kalau iklan sama (atau lebih) panjang dengan subjek sebenar. Aku pun mahu terasa macam aku ini konon hebat.
Yang benar,
gadistlena
No comments:
Post a Comment